Selasa, 13 April 2010

kematian

Biarkan aku terbaring
dalam lelapku,
kerana jiwa ini telah
dirasuki cinta,
dan biarkan daku
istirahat,
kerana batin ini memiliki
segala
kekayaan malam dan
siang.
Nyalakan lilin-lilin dan
bakarlah dupa
nan mewangi di sekeliling
ranjang
ini,
dan taburi tubuh ini
dengan wangian
melati serta mawar.
Minyakilah rambut ini
dengan puspa
dupa dan olesi kaki-kaki
ini dengan
wangian,
dan bacalah isyarat
kematian yang
telah tertulis jelas di dahi
ini.
Biarku istirahat di
ranjang ini,
kerana kedua bola mata
ini telah
teramat lelahnya;
Biar sajak-sajak bersalut
perak
bergetaran dan
menyejukkan jiwaku;
Terbangkan dawai-dawai
harpa dan
singkapkan tabir lara
hatiku.
Nyanyikanlah masa-masa
lalu seperti
engkau memandang fajar
harapan
dalam mataku,
kerana makna ghaibnya
begitu
lembut bagai ranjang
kapas tempat
hatiku berbaring.
Hapuslah air matamu,
saudaraku,
dan tegakkanlah
kepalamu seperti
bunga-bunga menyemai
jari-
jemarinya menyambut
mahkota
fajar pagi.
Lihatlah Kematian berdiri
bagai
kolom-kolom cahaya
antara
ranjangku dengan jarak
infiniti;
Tahanlah nafasmu dan
dengarkan
kibaran kepak sayap-
sayapnya.
Dekatilah aku, dan
ucapkanlah
selamat tinggal buatku.
Ciumlah mataku dengan
seulas
senyummu.
Biarkan anak-anak
merentang
tangan-tangan mungilnya
buatku
dengan kelembutan
jemari merah
jambu mereka;
Biarkanlah Masa
meletakkan tangan
lembutnya di dahiku dan
memberkatiku;
Biarkanlah perawan-
perawan
mendekati dan melihat
bayangan
Tuhan dalam mataku,
dan mendengar Gema
Iradat-Nya
berlarian dengan
nafasku.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar